Bab 1
Kedudukan
1. Kedudukan ialah perletakan objek di sesuatu tempat.
2. Contoh kedudukan:
(a) Rumah saya terletak di Kampung Pandan.
(b) Rumah Amin terletak di Pekan Sibu.
(c) Sekolah saya terletak di sebelah masjid.
Lajur dan baris
1. Lajur dan baris digunakan untuk menyatakan kedudukan pelajar di dalam kelas.
2. Lajur ialah garis menegak.
3. Baris pula ialah garis mendatar.
Menentukan Kedudukan di dalam Kelas
1. Lajur dan baris dapat menentukan kedudukan pelajar di dalam kelas dengan mudah.
2. Lajur dan baris dinyatakan berdasakan susunan meja tempat duduk rakan-rakan anda.
3. Susunan meja secara menegak dinamakan lajur, manakala susunan meja secara mendatar dinamakan baris.
Menentukan Kedudukan di dalam Kelas
1. Koordinat dapat menentukan kedudukan berdasakan titik persilangan lajur dan baris.
2. Lajur dan baris dilabelkan dengan nombor secara berturutan.
3. Nombor lajur dinyatakan dahulu dan diikuti nombor baris.
Kedudukan Relatif
1. Kedudukan relatif adalah menyatakan letakan sesuatu objek merujuk kepada satu objek atau tempat lain yang dikenali sebagai titik rujukan.
2. Titik rujukan menjadi asas perbandingan dengan objek lain dalam menetukan kedudukan relatif.
---------------------------------------------------------
Bab 2
Arah Mata Angin
1. Pada zaman dahulu, manusia menetukan arah dengan memerhatikan:
(a) Arah matahari terbit dan terbenam
(b) Kedudukan bintang-bintang pada waktu malam
2. Arah mata angin dibahagikan kepada
(a) mata angin utama
(b) mata angin peramtaraan
3.Terdapat empat arah mata angin utama, iaitu
(a) utara 北
(b) timur 东
(c) selatan 南
(d) barat 西
4. Empat arah mata angin perantaraan ialah
(a) timur laut 东北
(b) tenggara 东南
(c) barat daya 西南
(d) barat laut 西北
* yang teletak di antara dua mata angin utama
5. Setiap arah mata angin mempunyai nilai sudut tertentu.
6. Kelapan-lapan arah mata angin ini mempunyai perbezaan sudut sebanyak 45.

Menetunkan Arah Berpandukan Matahari
1. Matahari dapat membantu anda menetukan arah sesuatu tempat atau objek.
2. Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat.
3. Langkah-langkah menentukan arah berpandukan matahari ialah:
a. Berdiri tegak di kawasan lapang waktu pagi sewaktu matahari terbit.
b. Angkat tangan kanan menghala ke arah matahari terbit, iaitu menunjukkan arah timur.
c. Angkat tangan kiri menghala ke arah matahari terbenam, iaitu menunjikkan arah barat.
d. Oleh itu, arah di hadapan kamu ialah utara dan belakang kamu pula ialah selatan.
Menentukan Arah dengan Menggunakan Kompas
1. Kompas dapat menentukan arah sengan lebih tepat.
2. Permukaan kompas menunjukkan arah mata angin dan angka sudutnya yang disebut unit darjah (。)
3. Jarum kompas magnetik bebas bergerak dan berpusing.
4. Jarum kompas yang berhenti bergerak akan menunjukkan arah kutub utara magnet kerana tarikan daya magnet bumi.
5. Kompas perlu diletakkan di permukaan rata san stabil untuk mendapatkan bacaaan yang tepat seperti di atas meja.
6. Kompas sensitif terhadap bahan-bahan yang diperbuat daripada besi seperti parang, pagar dan tiang.
7. Bahan-bahan besi boleh mempengaruhi arah jarum kompas kerana tarikan magnet.
8. Sebelm kompas digunakan untuk menentukan sesuatu arah, kompas perlu diorientasikan.
9. Kompas perlu diorientasikan sehingga pertunjuk jarum kompas menghala ke arah permukaan utama pada kompas.
10. Kompas mudah dibawa dan digunakan kerana alatnya kecil dan ringan.
11. Kompas penting digunakan dalam
a. Pelayaran 航海
b. Penerbangan 航空
c. Pengembaraan 探险
---------------------------------------------------------
Bab 3
Skala
1) Skala adalah nisbah atau kadar jarak dalam peta atau pelan sebagai ganti atau mewakili jarak yang sebenarnya di permukaan bumi.
2) Skala yang digunakan ialah skala lurus.
3) Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan.
4) Terdapat dua contoh skala lurus:
a) Skala lurus mudah
b) Skala lurus penuh
Jarak
1) Jarak ialah jauhnya satu tempat dari satu tempat yang lain.
2) Jarak dapat dikira mengikut jarak mutlak dan jarak relatif.
3) Jarak mutlak ialah jarak antara dua tempat mengikut meter atau kilometer.
4) Jarak relatif merupakan jarak yang dikira berdasarkan masa atau kos.
5) Untuk mengira jarak relatif, perlu merujuk perkara yang berikut:
a) jenis dan kadar kelajuan kenderaan
b) kadar tambang dan kos.
6. Jarak melengkung dapat di-ukur dengan menggunakan seutas benang atau sejalur kertas.
7. Jarak antara tempat-tempat dalam peta dapat ditukarkan kepada jarak sebenar pada permukaan bumi.
---------------------------------------------------------
Bab 4
Mengumpulkan dan merekodkan data
1. Data yang dikumpulkan dan direkodkan dalam jadual dapat ditunjukkan dalam bentuk graf.
2. Terdapat beberapa kaedah untuk mengumpulkan maklumat, iaitu:
-pemerhatian temu bual
-banci
-soal selidik/tinjau siasat/survei
-rujukan kepustakaan
Graf bar mudah
1. Graf digunakan untuk merekodkan dan menggambarkan data dalam bentuk yang mudah dilihat dan dibaca.
2. Graf bar dapat digunakan untuk merekodkan data seperti luas kawasan penanaman, keluaran barangan, hujan bulanan, ciri-ciri penduduk seperti jantina, jenis pekerjaan, tempat kerja, dan sebagainya.
3. Langkah-langkah melukis graf bar:
a) Kaji data yang telah dikumpulkan.
b) Susun data berdasarkan tempat tinggal pelajar.
c) Lukis paksi menegak untuk mewakili bilangan pelajar dan paksi mendatar untuk mewakili bilangan tempat tinggal pelajar.
d) Bahagikan paksi menegak kepada beberapa bahagian yang sama. Setiap bahagian mewakili tiga orang pelajar.
e) Bahagikan paksi mendatar kepada lima bahagian yang sama. Setiap bahagian mewakili satu tempat.
f) Kemudian, lukis bar untuk setiap tempat tinggal, bermula dengan tempat tinggal yang mempunyai banyak sekali pelajar.
g) Warna atau lorek, dan labelkan graf bar.
h) Berikan tajuk kepada graf bar.
Graf garisan
1) Graf garisan lazimnya digunakan untuk menunjukkan pola perubahan unsur cuaca seperti taburan suhu, pengeluaran barangan, perubahan penduduk, dan sebagainya.
Contohnya,
Langkah-langkah melukis graf garisan untuk menunjukkan jumlah pelanggan sebuah kedai runcit selama seminggu:
a) Lukis pasi menegak dan paksi mendatar.
b) Pilih skala menegak yang sesuai
c) Tandakan titik pada hari Isnin dengan jumlah penduduk 400 orang
d) Tandakan titik bagi hari-hari yang lain mengikut jumlah yang diperoleh dari jadual.
e) Sambungkan semua titik dengan satu garisan dan berikan tajuk yang sesuai bagi graf garisan tersebut.
---------------------------------------------------------
Unit 5:Peta
Peta(地图)---gambaran or lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi sebagaimana yang dilihat dari udara
Simbol fizikal(天然的东西)
cth:bentuk muka bumi,saliran dan tumbuh-tumbuhan semula jadi
Simbol budaya(人所建造出来的东西)
cth:petempatan,tanaman,perhubungan,perindustrian dan perlombongan(buatan manusia)
若看不懂我来给例子:
S.fizikal
cth:bukit,kuala,teluk
S.budaya
cth:pejabat pos,rumah rehat,wakil pos
有没有bab6 ??
回复删除不是很充足,我宁愿去买书看看。
回复删除好书推荐:
1)Spotlight PMR GEOGRAFI (Pan Asia)
2)Success GEOGRAFI PMR